Bulan puasa ni, tiba-tiba rajin pulak aku memasak. Walau canne penat balik keje, aku masih akan memasak. Kalau x masak untuk bukak puasa, aku masih memasak untuk sahur. Hari ni aku nak share resepi agar-agar yang sangat mudah untuk dibuat. Tapi diingatkan, kandungan gula ni agak subjektif, untuk aku yang x suka manis, biasanya aku kurangkan gula. HIdangan ni sesuai untuk dihidang masa parti, kenduri atau hidangan meja pengantin. Sebab senang nk buat.
Resepi: Agar-Agar Berkuah Koktel
Bahan-bahan
- Satu peket agar-agar
- Satu tin susu cair
- Satu tin buah-buahan koktel
- 3 cawan air
- 2 cawan gula (boleh dilebih atau dikurangkan mengikut tahan kemanisan yang anda suka, saya guna kurang dr 2 cawan)
- 2 helai daun pandan (disimpul)
- Sedikit sirap ros atau pewarna merah
Bahan hidangan tambahan (optional)
- Kiub ais
- Ais krim vanilla
Cara memasak:
- Masukkan agar-agar ke dalam periuk bersama air sedikit demi sedikit. Tidak perlu masukkan semua air, sekadar yang perlu, boleh ditambah kemudian jika perlu. Masukkan juga simpulan daun pandan.
- Kacau agar-agar sehingga semuanya cair. Jika terlalu pekat, boleh tambahkan sedikit air tapi jangan sampai cair.
- Masukkan sirap ros dan kacau.
- Masukkan juga gula. Masukkan sedikit demi sedikit dan kacau, jika sudah manis, boleh berhenti masukkan gula. Jika tidak manis, tambahkan mengikut rasa anda.
- Masak sehingga semua sebati. Keluarkan daun pandan dan sejukkan.
- Panaskan susu di periuk yang lain. Kacau sentiasa. Tapis buah-buah koktel dan masukkan. Jika suka, boleh tambahkan sedikit air koktel tapi jangan terlalu banyak untuk mengelakkan kuah juga manis.
- Tutup api. Boleh dihidangkan apabila agar-agar sudah sejuk.
Cara menghidang:
- Potong agar-agar dalam bentuk kiub kecil. Campurkan kuah koktel buah. Tambahkan ketulan ais.
- Bila ingin dimakan, boleh masukkan ais krim vanilla ke dalam mangkuk makan koktel. (contoh gambar)
- Agar-agar juga boleh disagat halus-halus dan barulah dicampur dengan kuah koktel. Cara ini lebih sedap dimakan tetapi agar-agar perlu sedikit keras.
- Atau juga, boleh masukkan agar-agar dalam acuan berbentuk. Keluarkan bila mahu dihidang dan dicampurkan dengan kuah koktel.

Hidangan ni utk berapa org ? …
untuk sekeluarga, 4-5 orang boleh makan