Resepi: Masak Lemak Pucuk Paku dan Udang

Salah satu ‘my signature cook’ apabila balik ke rumah family di Taiping semestinya masak lemak cili api.  Apa jua la jenis masak lemak; tak kiralah ayam, ketam, udang dan lain-lain la. Setiap kali balik ke sana, without fail my elder sister will asked me to cook ‘masak lemak’ for her; especially ketam masak lemak. Tapi hari ni, aku nak share satu lagi jenis masak lemak yang jarang aku masak tetapi antara masakan tapi gerenti sedap; masak lemak udang cuma untuk hari ni aku tambahkan pucuk paku. Sorry gambar x cantik.

Masak Lemak Pucuk Paku Udang


Bahan-bahan:

  • 400 gram udang ( lebih kurang 15 ekor udang sederhana besar)
  • 2 ikat pucuk paku – ambil daun dan pucuk sahaja, buang batang yang kasar. (Jika kuantiti seikat agak besar, cukup satu ikat sahaja)
  • 1 biji keledek di potong dadu (boleh juga digantikan dengan 2 biji kentang di potong 2)-optional
  • 1 1/2 cawan santan pekat segar
  • 1 batang serai – diketuk
  • 1 inci kunyit hidup – ditumbuk
  • 3 ulas bawang putih – ditumbuk
  • 3 ulas bawang merah – ditumbuk
  • 10 biji cili padi (boleh dikurangkan atau dilebihkan)
  • 1 keping asam keping
  • 1 inci belacan (optional)
  • 1 helai daun kunyit – dihiris halus
  • 1 cawan air
  • Garam secukup rasa
  • 2 sudu minyak untuk menumis

Cara memasak:

  1. Tumiskan serai sehingga naik bau. Masukkan pula bawang putih, bawang merah, tumis sehingga sedikit kekuningan.
  2. Masukkan sedikit air, masukkan pula asam keping, keledek dan cili padi. Kacaukan.
  3. Biarkan sebentar sehingga keledek nampak sedikit lembut. Masukkan belacan dan pucuk paku. Kacaukan.
  4. Tambah pula santan. Kacau tanpa henti. Jangan sampai pecah minyak.
  5. Apabila pucuk paku nampak hampir masak (layu), masukkan udang . Kacau lagi.
  6. Masukkan garam secukup rasa. Dan kacau.
  7. Jika udang sudah kemerahan, ia tandanya sudah masak. Taburkan daun kunyit dan sedia untuk dihidangkan.
About these ads

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s