Resepi: Bubur Lambuk Terengganu

Bubur lambuk merupakan makanan yang tidak asing lagi ketika Ramadhan menjelma. Pada asasnya, bubur lambuk adalah gabungan beras nasi bersama lauk dan sayuran. Namun tahukah anda semua, resepi bubur lambuk adalah berbeza mengikut negeri-negeri tertentu di Malaysia. Misalnya, bubur lambuk Johor menggunakan daging tetapi bubur lambuk Terengganu pula dimasak menggunakan ikan dan pucuk paku berserta ubi keledek. Rasanya sedikit unik dan lebih ‘keras’ berempah (berperisa) berbanding bubur lambuk yang menggunakan daging.

Resepi Bubur Lambuk Terengganu

 

Bubur Lambuk Terengganu

 

Bahan-bahan:

  • 1 cawan beras
  • 2 ekor isi ikan sardin (direbus bersama asam keping dan garam)
  • 3 ulas bawang merah (dikisar)
  • 1 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 cm halia (dihiris halus)
  • 1/2 biji ubi keledek (dipotong dadu)
  • 1 kotak kecil santan
  • Sedikit lada hitam (ditumbuk halus)
  • Sedikit kerisik
  • Satu ikat kecil paku-pakis
  • Garam
  • Budu

Cara memasak:

  1. Masak beras dengan sekurang-kurangnya 3 cawan air atau lebih mengikut jenis beras yang anda gunakan. Biarkan sehingga mula menjadi bubur.
  2. Masuk ubi keledek dan biarkan sehingga bubur mulai masak. Tambah air jika perlu.
  3. Masukkan isi ikan, santan, bawang dan halia. Kacau sehingga sebati.
  4. Tambahkan pucuk paku apabila keledek sudah hampir masak. Kacau dan biarkan seketika.
  5. Akhir sekali, masukkan lada hitam, kerisik dan garam secukup rasa. Boleh tambahkan sesudu budu jika suka.
  6. Siap untuk dihidangkan.
About these ads

4 thoughts on “Resepi: Bubur Lambuk Terengganu

  1. thanx for sharing this recipe..bubur lambuk terengganu is my favorite..tak sabar nak cuba..tapi confius skit..time bila nak kena masuk santan yek..tak mention lak kat atas tuh…

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s