Resepi: Udang Goreng Lada Hitam

Hari ni aku nak kongsikan satu resepi favorite aku. Apabila kita dibekalkan dengan bahan dapur seperti udang, kita selalunya play safe. Masak resepi yang confirm menjadi. Sebab udang mahal, kalau salah experiment, merugikan. Since, aku agak fedup dengan resepi udang masak merah, sambal udang, tom yam udang atau masak lemak cili padi udang, aku mula menggoogle resepi udang. Resepi ni aku dapat dari blog peribadi seseorang … masalahnya aku dah lupa kat mana. Tapi resepi ni adalah sangat superbbbbbb … so memang dah banyak kali aku masak dan mendapat sambutan hangat. Cubalah .. berikan nafas baru bagi resepi udang….

Resepi: Udang Goreng Lada Hitam

Udang Goreng Black Pepper

Bahan-bahan:

  • Udang (digaul garam dan kunyit)
  • Bawang putih (ditumbuk)
  • Bawang merah (ditumbuk)
  • Lada hitam (ditumbuk)
  • Halia (dihiris nipis)
  • Bawang besar (dihiris bulat-bulat)
  • Cili merah (dihiris)
  • Kacang panjang (dihiris)
  • Tomato (dibelah 4)
  • Sos tiram
  • Sos tomato
  • Kicap manis

Cara memasak:

  1. Goreng udang separuh masak. Ketepikan.
  2. Tumis kesemua bahan tumbuk sehingga naik bau.
  3. Masukkan kicap, sos tomato dan sos tiram. Tambahkan sedikit air jika terlampau pekat.
  4. Masukkan halia , bawang besar dan kacang panjang. Gorengkan sebentar sehingga kacang panjang hampir masak.
  5. Masukkan udang dan buah tomato. Goreng sehingga masak.

Tips: Jika kuah terlalu cair, bancuh 2 sudu air bersama 1 camca teh tepung jagung dan campurkan ke dalam masakan.

About these ads

2 thoughts on “Resepi: Udang Goreng Lada Hitam

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s