Resepi: Lala Masak Sambal Belacan

Lala Masak Sambal Belacan

Saiz hidangan: 2-4 orang

Bahan-bahan:

  • 1/2 kg lala (bersihkan)
  • 3 biji cili merah (buang biji)
  • 5-7 biji cili padi (boleh lebihkan jika suka pedas)
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah
  • 1 cm belacan
  • 1 sudu teh serbuk perasa
  • Sedikit air asam jawa
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Sedikit air
  • 1/2 biji bawang besar kuning (dipotong bulat) ~ optional
  • Sedikit daun sup untuk hiasan ~ optional

Cara memasak:

  1. Tumbuk atau blend cili merah, cili padi, bawang putih, bawang merah dan belacan.
  2. Panaskan minyak masak di dalam kuali, dan tumiskan semua bahan tumbuk tadi sehingga garing.
  3. Masukkan lala dan air asam jawa. Kacau sebentar dan biarkan lala sehingga hampir masak.
  4. Tambahkan bawang besar kuning, serbuk perasa, garam dan gula secukup rasa. Kacau sekali lagi dan tambah sedikit air jika perlu.
  5. Apabila sudah masak, tutup api dan taburkan daun sup di dalam bekas hidang.

Nota: Boleh gantikan lala dengan udang, tetapi goreng udang kunyit dahulu dan cuma curahkan sahaja kuah di atas udang.

About these ads

1 Comment

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s