Resepi: Meehoon Goreng Tom Yam (Chef Wan)

Sumber: Chef Wan, Astro AFC

Bahan-bahan: (sila agak2 sendiri kuantiti, dicatat semasa rancangan disiarkan)

  • Mihun (dicelur terlebih dahulu dan ditos)
  • Isi ayam (dipotong dadu)
  • Udang (dibuang kulit)
  • Udang kering (digoreng dahulu kemudian ditumbuk halus)
  • Daun salad (dihiris)
  • Bawang merah (dihiris)
  • Bawang putih (dihiris)
  • Cili boh
  • Pes tom yam
  • Sos ikan
  • Tauge
  • Daun bawang (potongkan panjang-panjang lebih kurang setengah inci)
  • Daun limau purut (dihiris halus)
  • Daun kucai (dihiris halus)
  • Tauhu (digoreng dahulu kemudian dipotong dadu)
  • Minyak untuk menumis
  • Garam
  • Gula

Cara memasak:

  1. Tumiskan bawang merah sehingga kekuningan, kemudian masukkan bawang putih. Goreng sederhana garing.
  2. Masukkan isi ayam dan udang. Goreng sehingga sedikit garing.
  3. Tambahkan cili boh, goreng sebentar. Masukkan pes tom yam. Kacau sebati. Jika suka, tambahkan sos ikan.
  4. Masukkan mihun yang sudah dicelur. Kacau kesemua bahan sehingga sebati. Gorengkan sehingga hampir masak.
  5. Tambahkan daun salad dan udang kering. Gaul semua bahan sehingga sebati. Tambah gula dan sedikit garam jika perlu.
  6. Tambahkan daun bawang, daun limau purut dan tauge. Kacau semua bahan sehingga sebati.
  7. Akhir sekali, masukkan tauhu. Gaulkan sehingga rata. Dan tutupkan api.
  8. Taburkan daun kucai di atas mihun. Hiaskan bersama cili potong, daun bawang, telur dadar jika suka.
About these ads

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s