Resepi: Rendang Daging Aidilfitri

Setiap tahun, adalah wajib untuk aku masak rendang daging. Cuma rendang daging je aku reti masak sebab rendang ayam adalah mudah hancur maka aku kategorikan aku failed masak rendang ayam. Setakat nak makan sendiri bolehlah, tapi nak bagi jiran tetangga macam x sesuai.

Gambar dari carian encik google. Belum raya, maka belum ada gambar sendiri

Bahan-bahan kisar:

  • 2 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 3 batang serai
  • 3 sudu besar cili boh/ cili kering blend
Bahan-bahan:
  • 1 kg daging (dipotong kecil-kecil)
  • 2 peket kecil rempah kurma / kari daging
  • 2 peket kecil kerisik (lebih kurang 1/4 cawan)
  • 2 cawan santan pekat
  • garam secukup rasa
  • 1/2 ketul gula melaka
  • 1 helai daun kunyit dihiris nipis
  • 1 cawan Air asam jawa
  • Minyak masak
  • Air
Cara memasak:
  1. Tumiskan kesemua bahan kisar sehingga naik bau. Jika menggunakan cili kering, sekurang-kurangnya 20 min (bagi memastikan cili cukup masak), boleh ditambahkan air jika menjadi kering.
  2. Masukkan rempah kurma dan sedikit air. Tumiskan lagi sehingga naik bau.
  3. Masukkan daging dan santan. Kacau sebati. Biarkan sehingga pecah minyak dan daging mulai empuk.
  4. Tambahkan air asam jawa, gula melaka dan garam. Kacau sebati.
  5. Apabila daging betul2 masak, tambahkan kerisik dan gaul sebati. Rasa, jika kurang manis boleh tambahkan sedikit gula.
  6. Masukkan daun kunyit dan gaulkan. Biarkan sehingga kuah cukup pekat.
  7. Tutup api dan sedia untuk dihidang.
Nota: Biarkan memasak cukup lama, bagi memastikan rendang boleh bertahan sehingga 2-3 hari. Jika tidak cukup lama, biasanya rendang cuma bertahan satu hari sahaja.
About these ads

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s