JJCM: Nasi Lemak Warisan Sambal Opah @ USJ

Dahulu, pernah saya kongsikan mengenai nasi lemak warisan sambal opah di Taman Kinrara. Malangnya kedai ini sudah ditutup berikutan lokasi yang kurang selesa bagi menampung pelanggan yang lebih ramai.

Namun pada mereka yang memasuk blog saya kerana ingin mengetahui lokasi kedai ini, jangan risau … ada tidak kecewa. Restoran NLWSO ni dah berpindah ke USJ 9. Lokasi kedai lebih cantik dan luas. Yang lebih menarik lagi, menunya sudah diperbagaikan.

Review saya kali ni mengenai makanan di cawangan baru ni. Tapi x dapat nak sertakan dengan gambar kerana pada kunjungan saya baru2 ini, saya x bawa kamera.

Nasi Lemak Warisan Sambal Opah

Namun entri kali ini saya tidak mengulaskan psal nasi lemak di sini. Kerana post saya yang lepas sudah pun saya katakan, nasi lemaknya sedap. Range lauk pula sudah diperbanyakkan. Pelanggan perlu melayan diri di kaunter nasi lemak untuk pilihan lauk-pauk.

Mihun Sup Daging

Mihun supnya berasaskan sup daging, selain mihun sup, terdapat menu seperti soto juga. Mihun sup dagingnya sangat sedap, disertakan dengan sambal kicap yang mantap.

Star Rate: 5/5 bintang …. sangat sedap

Sate ayam/daging

Sate di sini pada saiz sederhana. Kuah kacangnya agak sedap. Dihidangkan sate bersama bawang besar. Perasa pada sate jugak secukup rasa, lemak, manis dan masinnya. Cuma yang agak mengecewakan saya, potongan daging/ayamnya agak liat. Maka hasilnya sedikit liat apabila dimakan. Saya mengandaikan orang yang memotong ayam/daging itu kurang cekap. Jika masalah ini berjaya diatasi, saya boleh katakan satenya akan menyengat.

Star rate: 3/5

Roti canai

Rotinya sedap. Siap order 2 kali. Namun saya mengandaikan ia perlu dimakan panas-panas. Gabungan kuahnya kari, dal dan sambal. Saya memang penggemar roti canai melayu style.

Star rate: 3.5/5

Untuk mereka yang ingin mencuba Nasi Lemak Warisan Sambal Opah @ USJ, lokasinya berdekatan dengan Murni Discovery. Kedainya betul2 di belakang masjid al falah dan lot tepi. Memang senang nak recognise sebab kedai ni sentiasa penuh dengan orang ramai.

Alamat: No : 2, Jalan USJ 9/5P.

About these ads

5 Comments

  1. Pingback: JJCM: Nasi Lemak Warisan Sambal Opah, Taman Kinrara Puchong « Hidup Tidak Semudah Yang Disangka

  2. mane tak nye.. kawasan lama dulu area macha,negro,indon.aku ni salah sorang yg lepak area mamak kat situ.hampir hari2 balik keje lepak minum dgn budak2 kg.
    founder kedai ni pon budak area situ gak.

    bagus la die pindah..kekeke baru la maju skit

  3. Nasi Lemak sedap gila tetapi cashier tak ikut harga di pamir atas dinding. Malu nak tanya sebab Q terlalu panjang……

    Seketul kecil ayam (dekat leher) RM4.00, jus belimbing (tanpa gula) RM3.50, sebiji telur rebus RM1.30…….

    • hahahaha…maap ya…nk menyampok skit…ekeke

      ayam rm4?? salah kot…ari tu aku makan rm3.5 jer…kalau besar mmg rm4…sbb aku tanya cashier yg rupa mcam cina tu, padahal mmg melayu tulen…ekeke…aku mmg suke brtanya rege kalau makan.

      telur rebus aku amik utk anak aku sebijik rm1 jer….knp rm1.30?? eerrmm…baru semalam aku makan.

      tp bab air kalau ada gula atau takde gula mmg same rege lah…mana2 aku makan pun mm tu…tp aku rs air kat kedai nie mmg lain skit drp sekitar situ sbb mmg ok sgt banding yg lain yg agak mahal…

      tu jer kott….chow..

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s