Pernah tak anda menghadapi masalah komunikasi? Anda bercakap bahasa yang sama dengan partner anda, tetapi acapkali terjadi perselisihan faham. Sedangkan bila anda menceritakan hal itu pada si A, B atau C, mereka memahaminya dengan mudah. Tanpa drama, tanpa ada sekelumit pun salah faham.
I do have this problem. Like a lot ………. much more than I can take it. Sampai satu tahap, aku mula mempersoalkan … kenapa sering timbul salah faham. Komunikasi aku tidak jelaskah? Atau partner aku ni yang selalu negatif, maka muncul berbagai-bagai drama angkara komunikasi tidak efektif.
Pernah aku sangkakan komunikasi aku tidak jelas. Tapi bila isu yang menjadi pertengkaran tu aku jelaskan pada orang lain, kenapa orang lain faham point yang aku nak sampaikan. Pening sebenarnya, isu komunikasi seolah tidak berkesudahan. Macam mana nak aman damai bila satu perkara kecil pun akan jadi pertelingkahan sebab salah faham, alih-alih ada yang merajuk padahal aku tak berniat tidak baik.
Dalam masa yang sama, pernah seorang teman mengenakan aku balik. Untuk menyatakan pada aku bahawa adakala aku tidak bermaksud tidak baik tetapi seringkali juga kata-kata atau tindakan luar sedar aku membuatkan insan lain terasa hati atau tersalah faham. Basically aku perlu sesekali berada dalam kasut mereka.
Aku telah cuba, sedaya-upaya aku cuba. Mengurangkan pemikiran negatif, cuba memahami dia dengan lebih positif. Dan kerana itu aku masih di sini. Masih mampu tersenyum, bercakap baik dengan dia dan melayaninya dengan baik.
Komunikasi efektif sangat penting. Menggunakan wave atau frekuensi bahasa yang sama juga penting. Walaupun pada dasarnya bahasa kita sama pada pendengaran namun kita mempunyai frekuensi yang berbeza. Ini jelas sekali bila kita berada dalam kumpulan berbeza. Menyelami keadaan dan individu yang sedang kita berkomunikasi itu sangat penting. Jika tidak memahami, keep it simple dan jelas.
Seringkali aku bercakap tanpa bermaksud apa-apa negatif. Namun setengah pihak menganggap lain pula. Apa yang aku pelajari, berhati-hati apabila bercakap dan berhati-hati juga apabila mempercayai orang.
Namun dalam perhubungan, memastikan komunikasi berkesan adalah sangat penting dengan pasangan anda. Kena pastikan berada pada wave dan frekuensi yang sama. Jika ada perkara tidak jelas, luahkan. Cakaplah dengan bahasa paling jelas dan ringkas. Identify juga jenis individu yang sedang anda comunicate.
Aku mengklasifikasikan tiga jenis golongan yang aku sering berbicara:
1) Fast leaner/ high common sense
Orang-orang dalam golongan ini. Aku boleh gunakan bahasa biasa aku. Simple, without elaboration … they will understand perfectly. Contoh: along, TJ, boss aku, most of my BFF (Rynn, Sarah, Nurul dan few more), Miau, Izatul. Aku tak perlu elaborate … mereka faham yang bila aku berbicara, aku tiada niat jahat … dan mereka faham bahagian-bahagian yang aku tidak perjelaskan, mereka mampu berfikir.
2) Sederhana
Orang dalam golongan ini, aku still boleh cakap dalam bahasa dan frekuensi biasa aku. Cuma adakala kena jelaskan juga sebab dan musabab di sebalik tindakan tu. Tetapi tidak perlulah dari A-Z, boleh skip here and there.
3) Slow pick-up
Golongan macam ni, adakala lebih baik cakap dengan terang, jelas dan simple. Jangan kusutkan otak untuk jelaskan keterlaluan kerana boleh mewujudkan salah faham. Senang cerita, explain seolah-olah anda bercakap dengan budak 12 tahun. Tak perlu beritahu semuanya, cukup jelaskan bahagian-bahagian yang menimbulkan pertanyaan pada minda mereka.

impianafnb
Februari 14, 2012 at 6:37 pm
Salam ,kalau org pendiam @ pasiko apa yg anda akan buat?
Faa
Februari 16, 2012 at 1:23 pm
Wsalam
Saya mempunyai masalah yang sama, bilamana partner saya adalah pendiam. The best thing i can advise, cuba sedaya-upaya buat dia faham dan mendengar apa yang anda cuba sampaikan. Jika dia tidak mahu berkomunikasi balas, cuma minta dia angguk atau geleng, katakan ya atau tidak samada dia faham apa yang anda katakan.
Wish u luck. Thats the best advice i can give for time being.