Resepi: Homemade salad with yakult sauce, resepi bg chef Ammar

Aku jarang tengok tv, namun baru-baru ni aku tertengok resepi rancangan masakan di tv al-hijrah. Menarik! Masak dari hati, masak with iman, hosted by chef Ammar.

Aku sempat menangkap satu simple resepi untuk buat sauce salad. Biasa kita guna thousand island, chef Ammar ajar guna yakult. Sangat simple. Cuma bahagian sayur- sayuran tu aku dah sesuaikan dengan citarasa aku. So kiranya resepi ni mixture la. Jumlah bahan, sila agak-agak, ya!

Bahan-bahan:
- daun salad
- tomato ceri
- sedikit hirisan timun
- sedikit carikkan ayam panggang (ala caesar salad)
- sebotol yakult
- 2 sudu makan virgin olive oil
- setengah biji air perahan lemon
- sedikit garam dan gula
-sedikit serbuk cheese palmesan

Cara menyediakan:
1. Masukkan daun salad, tomato ceri, timun dan hirisan salad di dalam mangkuk hidang salad. Gaulkan agar semua bahan sekata.
2. Di mangkuk yang lain, campurkan yakult, virgin olive oil, air perahan lemon, garam dan gula secukup rasa dan kacau sebati, untuk dijadikan sos salad.
3. Tuangkan sos tadi ke atas sayuran tadi. Taburkan cheese palmesan di atasnya.
4. Sedia untuk dihidangkan. Gaul sebati kesemua bahan sebelum dinikmati.

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s