Home Tips: Menghilangkan lunturan warna yang terkena pada pakaian.

Aku tak berapa pasti, betulkah tajuk yang aku gunakan di atas. Tapi aku cuba mensimplekan title post, dan aku assume anda semua faham apa yang aku maksudkan.

Selama beberapa tahun yang lepas, jika ada pakaian aku yang terkena lunturan warna dari pakaian lain, penyelesaiannya adalah buang sahaja pakaian itu. Pernah juga sekali dua aku cuba rendam semula pakaian itu dengan clorox, tapi kebanyakkan waktu ia tidak berhasil.

Beberapa bulan lepas, nasib yang sama menimpa tudung Ariani yang baru aku beli. Mahu menangis juga jika membuang tudung yang berharga hampir seratus ringgit ini. Buat sementara waktu, aku campakkan aje tudung tu di satu sudut. Selang beberapa hari selepas itu, di blog Chicsinred, dia ajarkan satu cara menghilangkan semula warna lunturan yang terkena pada pakai. Jawapannya adalah dylon. Maka terselamatlah tudung dan duitku dari dibuang. Continue reading