Tip: Memasak Itu Mudah (Part #3). Daging Cincang Beku

Anda ingin memasak, tapi baru menyedari tiada lauk-pauk untuk memasak. Tiada telur, sardin, mahupun maggi. Lebih memburukkan keadaan, ibu mertua @ saudara-mara @ kawan-kawan  baru bagitau mereka akan datang berkunjung mengejut. Waktu dah agak suntuk untuk keluar membeli makanan atau lauk pauk. Maka di sini aku cadangkan anda menyimpan stok daging cincang beku di dalam peti sejuk untuk masa-masa terdesak.

Daging kisar

Daging kisar

Daging beku agak sesuai digunakan sebagai stok barang makanan terdesak (dlm kategori maggi, sardin). Ini kerana ia tahan lebih lama jika disimpan dengan betul. Selain itu kita boleh menyediakan makanan yang proper (bukan kategori makanan segera). Mengunakan daging beku, kita boleh memasak berbagai jenis hidangan seperti daging goreng cincang, nasi goreng, sayur goreng berdaging, mihun goreng, karipap, spaghetti dan lain-lain.

Biasanya daging beku datang dalam bentuk paket bulat. Ada berbagai brand yang mempunyai produk ini contohnya ramly, azmy, saudi, tesco brand, carrefour brand dan lain-lain. Dan harganya agak murah, sekitar RM4-RM6 mengikut jenama.

Apabila membeli daging beku, potong ke dalam beberapa bahagian. Daging ini tidak perlu diasingkan seperti ayam (refer Memasak Itu Mudah Part #2). Masukkan ke dalam tupperware, dan simpan ke dalam bahagian beku peti ais anda.

Daging Cincang Beku

Kebanyakkan waktu, anda tidak perlu menggunakan keseluruhan paket isi daging ini kerana saiznya agak besar, kecuali untuk masakan yang agak besar kuantitinya. Setiap kali ini memasak, ambil kuantiti yang diperlukan sahaja dan cairkan seketika di dalam microwave. Dengan ini lebih mudah untuk anda memasak.

Sekarang jenama Ramly sudahpun membahagikan daging kisar ini kepada beberapa bahagian. Dalam satu pack terdapat 2 atau 4 bahagian mengikut berat yang dibeli. Selamat mencuba.