JJCM: Nasi Lemak Warisan Sambal Opah @ USJ

Dahulu, pernah saya kongsikan mengenai nasi lemak warisan sambal opah di Taman Kinrara. Malangnya kedai ini sudah ditutup berikutan lokasi yang kurang selesa bagi menampung pelanggan yang lebih ramai.

Namun pada mereka yang memasuk blog saya kerana ingin mengetahui lokasi kedai ini, jangan risau … ada tidak kecewa. Restoran NLWSO ni dah berpindah ke USJ 9. Lokasi kedai lebih cantik dan luas. Yang lebih menarik lagi, menunya sudah diperbagaikan.

Review saya kali ni mengenai makanan di cawangan baru ni. Tapi x dapat nak sertakan dengan gambar kerana pada kunjungan saya baru2 ini, saya x bawa kamera.

Nasi Lemak Warisan Sambal Opah

Namun entri kali ini saya tidak mengulaskan psal nasi lemak di sini. Kerana post saya yang lepas sudah pun saya katakan, nasi lemaknya sedap. Range lauk pula sudah diperbanyakkan. Pelanggan perlu melayan diri di kaunter nasi lemak untuk pilihan lauk-pauk.

Mihun Sup Daging

Mihun supnya berasaskan sup daging, selain mihun sup, terdapat menu seperti soto juga. Mihun sup dagingnya sangat sedap, disertakan dengan sambal kicap yang mantap.

Star Rate: 5/5 bintang …. sangat sedap

Sate ayam/daging

Sate di sini pada saiz sederhana. Kuah kacangnya agak sedap. Dihidangkan sate bersama bawang besar. Perasa pada sate jugak secukup rasa, lemak, manis dan masinnya. Cuma yang agak mengecewakan saya, potongan daging/ayamnya agak liat. Maka hasilnya sedikit liat apabila dimakan. Saya mengandaikan orang yang memotong ayam/daging itu kurang cekap. Jika masalah ini berjaya diatasi, saya boleh katakan satenya akan menyengat.

Star rate: 3/5

Roti canai

Rotinya sedap. Siap order 2 kali. Namun saya mengandaikan ia perlu dimakan panas-panas. Gabungan kuahnya kari, dal dan sambal. Saya memang penggemar roti canai melayu style.

Star rate: 3.5/5

Untuk mereka yang ingin mencuba Nasi Lemak Warisan Sambal Opah @ USJ, lokasinya berdekatan dengan Murni Discovery. Kedainya betul2 di belakang masjid al falah dan lot tepi. Memang senang nak recognise sebab kedai ni sentiasa penuh dengan orang ramai.

Alamat: No : 2, Jalan USJ 9/5P.

JJCM: Nasi Lemak Warisan Sambal Opah, Taman Kinrara Puchong

Nasi Lemak Warisan Sambal Opah di cawangan Taman Kinrara sudah ditutup. Mereka kini beroperasi di USJ 9. Di tapak restoran yang lebih besar dan menu yang lebih banyak. Baca post saya di sini…

Hari ini aku kongsikan pula satu tempat makan sarapan pagi yang aku gemar kunjungi di kawasan Taman Kinrara, Puchong. Restoran Nasi Lemak Warisan Sambal Opah. Seperti namanya, kalian pasti sudah boleh mengagak bahawa keistimewaan restoran ini terletak pada nasi lemaknya. Namun selain dari nasi lemak, ia turut menyediakan menu seperti bihun sup, soto, mihun goreng, nasi goreng, cucur udang, donut dan kuih-muih untuk sarapan pagi.

Nasi Lemak Warisan Sambal Opah

Seperti nama restoran ini, sememangnya restoran ini menjanjikan sambal nasi lemak dengan rasa yang istimewa. Setiap suapan mengingatkan anda pada masakan sambal warisan nenek-moyang dahulu. Kepedasan, kepekatan kandungan asamnya, garam dan gula jelas terasa.

Manakala nasinya pula mempunyai ketepatan santan yang secukupnya, tidak terlebih dan tidak terkurang.  Kebanyakkan nasi lemak yang kita beli ditepi jalan selalunya tidak terasa kandungan santannya padahal namanya adalah nasi lemak, seharusnya rasa santan dan kewangiannya perlulah ada.

Yang lebih istimewanya, nasi lemak ini dibungkus dalam saiz yang kecil, secukupnya untuk kita yang tidak bekerja berat dan bekerja di pejabat. Ia masih mengekalkan ciri-ciri nasi lemak kampung, dibungkus dengan daun pisang dan suratkhabar.

Dah namanya nasi lemak, tidak lengkap rasanya jika tidak dilengkapi ikan bilis dan telur. Jumlah ikan bilis yang dibungkus bersama nasi lemak ini adalah memadai. Jarang sekali saya menambah lauk2 lain pada nasi lemak ini kerana saiz lauknya sudah memadai. Sesetengah tempat cuma meletak ikan bilis dalam kuantiti yang sangat sedikit.

Untuk menikmati keenakan nasi lemak ini, saya kongsikan alamat ringkas restoran ini. Maaf tidak dapat kongsikan alamat penuh kerana saya tidak pasti nombor kedai ini. Namun kedudukannya betul2 dihadapan jambatan pintu masuk Vista Lavender dari Jalan Kinrara Seksyen 3. Atau sila layari web foursquare dan search Nasi Lemak Warisan Sambal Opah. Jika menggunakan google map, sila search Jalan PPK 4. Pasti keluar map kawasan Perniagaan Kinrara ini.

Gambar dari map FourSquare

Restoran Nasi Lemak Warisan Sambal Opah. (sign board kuning)
Jalan PPK 4
Pusat Perniagaan Kinrara Puchong

Star rate: 4 out of 5