Ayurslim Himalaya

Walaupun aku mempunyai berat badan idea, hakikatnya banyak tersembunyi lemak-lemak dan selulit di bahagian-bahagian seperti pinggul, peha dan perut. Cuma aku bernasib baik dengan badan yang tampak kurus dan tinggi, masalah ini dapat diatasi dengan pemakaian yang betul. Namun adakala teringin juga menyarungkan pakaian-pakaian lama yang masih baru dan jarang sekali dipakai.

Dalam sebulan yang lepas, aku mula mengambil kapsul AyurSlim Himalaya sebagai supplement tambahan. Alhamdulilah, masalah sukar ke tandas dan juga angin dalam badan beransur hilang. Aku bukan mensasarkan untuk penurunan berat badan, sekadar menghilangkan sedikit lipatan lemak dan selulit yang selama ini aku sembunyikan.

Produk ini sangat berbeza dengan pengamalan teh orang kampung. Dulu aku pernah mengambil teh orang kampung untuk membantu aku mengatasi masalah angin dan sukar ke tandas. Namun kesannya sangat menyeksakan. Bayangkan tiba2 asyik terkentut-kentut tak kira masa. Adakala tengah2 sibuk bekerja, ada meeting pula tu … masa tu lah perut aku meragam bagai nak rak. Rasanya kali terakhir aku membeli teh itu, aku cuma sempat minum dua uncang sahaja … lepas tu aku tak sanggup nak habiskan.

Ayurslim bertindak lembut ke atas perut. Aku masih ke tandas namun tidak menyeksakan. Rasa ingin ke tandas itu masih boleh ditahan-tahan jika anda dalam keadaan seperti memandu, sibuk bekerja atau apa jua keadaan yang tidak mengizinkan. Najis juga lembut, tidak berbau atau warna2 yang menunjukkan ada masalah di dalam perut.

Aku tidak dapat memastikan mengenai penurunan berat badan kerana aku mengamalkan makan dengan teratur dan juga bersenam secara kerap. Rasanya berat badan masih sama tetapi ada perbezaan dari segi masalah angin dalam badan dan juga terasa peha lebih mengecil. Tidak pasti ini  gara-gara ayurslim atau kerana aku gemar berlari di threadmile dan berbasikal di gym.

Dos terakhir aku sudah habis dua hari lepas. Aku asyik terlupa membuka packaging yang baru. Perbezaan sangat terasa kerana tiba-tiba aku kuat makan. Jika diikutkan apa yang aku baca, pengambilan ayurslim mampu menahan rasa craving terhadap gula. Maybe sebab aku belum ambil dos yang baru, selera makan bertambah.

Kepada yang ingin mencuba, sila baca dahulu mengenai kapsul ini. Pastikan anda tiada masalah kesihatan yang mungkin mampu memberikan kesan dengan pengambilan kapsul ini.