Resepi: Agar-agar Berkuah Koktel

Bulan puasa ni, tiba-tiba rajin pulak aku memasak. Walau canne penat balik keje, aku masih akan memasak. Kalau x masak untuk bukak puasa, aku masih memasak untuk sahur. Hari ni aku nak share resepi agar-agar yang sangat mudah untuk dibuat. Tapi diingatkan, kandungan gula ni agak subjektif, untuk aku yang x suka manis, biasanya aku kurangkan gula. HIdangan ni sesuai untuk dihidang masa parti, kenduri atau hidangan meja pengantin. Sebab senang nk buat.

Resepi: Agar-Agar Berkuah Koktel


Bahan-bahan

  • Satu peket agar-agar
  • Satu tin susu cair
  • Satu tin buah-buahan koktel
  • 3 cawan air
  • 2 cawan gula (boleh dilebih atau dikurangkan mengikut tahan kemanisan yang anda suka, saya guna kurang dr 2 cawan)
  • 2 helai daun pandan (disimpul)
  • Sedikit sirap ros atau pewarna merah

Bahan hidangan tambahan (optional)

  • Kiub ais
  • Ais krim vanilla

Cara memasak:

  1. Masukkan agar-agar ke dalam periuk bersama air sedikit demi sedikit. Tidak perlu masukkan semua air, sekadar yang perlu, boleh ditambah kemudian jika perlu. Masukkan juga simpulan daun pandan.
  2. Kacau agar-agar sehingga semuanya cair. Jika terlalu pekat, boleh tambahkan sedikit air tapi jangan sampai cair.
  3. Masukkan sirap ros dan kacau.
  4. Masukkan juga gula. Masukkan sedikit demi sedikit dan kacau, jika sudah manis, boleh berhenti masukkan gula. Jika tidak manis, tambahkan mengikut rasa anda.
  5. Masak sehingga semua sebati. Keluarkan daun pandan dan sejukkan.
  6. Panaskan susu di periuk yang lain. Kacau sentiasa. Tapis buah-buah koktel dan masukkan. Jika suka, boleh tambahkan sedikit air koktel tapi jangan terlalu banyak untuk mengelakkan kuah juga manis.
  7. Tutup api. Boleh dihidangkan apabila agar-agar sudah sejuk.

Cara menghidang:

  1. Potong agar-agar dalam bentuk kiub kecil. Campurkan kuah koktel buah. Tambahkan ketulan ais.
  2. Bila ingin dimakan, boleh masukkan ais krim vanilla ke dalam mangkuk makan koktel. (contoh gambar)
  3. Agar-agar juga boleh disagat halus-halus dan barulah dicampur dengan kuah koktel. Cara ini lebih sedap dimakan tetapi agar-agar perlu sedikit keras.
  4. Atau juga, boleh masukkan agar-agar dalam acuan berbentuk. Keluarkan bila mahu dihidang dan dicampurkan dengan kuah koktel.