Ayam Goreng Bermadu

Sumber: Buku Resepi – Semudah Masakan by Zarina

Ayam goreng bermadu

Bahan-bahan:

  • 1/2 ekor ayam bersih dipotong kecil-kecil
  • 1 sudu teh serbuk lada
  • 2 sudu besar madu
  • 2 sudu besar kicap
  • Sedikit minyak untuk menggoreng
  • 1/2 cawan kacang gajus

Cara menyediakan:

  1. Gaul ayam bersama serbuk lada hitam, madu dan kicap. Perap selama 1 jam.
  2. Goreng kacang gajus sehingga garing dan ketepikan.
  3. Selepas 1 jam, toskan ayam tadi. Simpan lebihan air perap tadi untuk membuat sos kemudian.
  4. Masukkan minyak ke dalam kuali. Goreng ayam tadi sehingga garing.
  5. Apabila ayam hampir garing, tuang baki sos tadi dan kacang gajus. Gaul rata dan sedia untuk dihidangkan.

Resepi: Ayam Golek Cili Padi

Sumber: My Resepi (Telah disesuaikan dengan citarasa saya)

Saiz hidangan:6 orang

Ayam Golek Cili Padi

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam sederhana
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 1 helai daun kunyit (dipintal)
  • 1-2 keping asam gelugor
  • 10-15 biji cili padi @ cabai burung(klu nk pedas bleh tambah cili, klu taknak pedas kurangkan cili)
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • 5 ulas bawang merah
  • 1 biji bawang besar
  • 1 mangkuk santan pekat
  • Garam & gula secukup rasa
  • Sedikit kiub pati ayam
Cara menyediakan:
  1. Bersihkan ayam, kemudian belah sedikit bahagian dada ayam supaya cepat masak & ayam tidak mentah di bahagian dalamnya. Sapukan garam dan kunyit, panggang dalam 10 minit atau gorengkan setengah garing dan angkat.
  2. Kisar cili, halia, kunyit, bwg merah & bwg besar.
  3. Panaskan kuali yang bersaiz besar, sesuai untuk menggolekkan ayam. Masukkan santan pekat ke dalam kuali.
  4. Masukkan bahan2 yg telah dikisar tadi, serai, daun kunyit dan asam gelugor.
  5. Masukkan ayam, kiub ayam, sedikit garam dan gula.
  6. Masak dengan api yg paling kecil sekali dan jgn biarkan santan mendidih (pecah minyak). Kacau sentiasa supaya tidak pecah minyak.
  7. Balik2kan ayam supaya masak sekata & tidak hangus bahagian bawahnya.
  8. Tunggu hingga ayam betul2 empuk & kuahnya agak pekat.
  9. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

Resepi: Ayam Serai Pedas

Ayam Serai Pedas

Sumber: Diolah dari MyResepi.Com

Saiz Hidangan: 2 orang

Bahan-bahan:

  • 3 keping dada ayam
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 5 helai daun limau purut
  • 2 biji cili besar (ditumbuk)
  • 6 biji cili padi (ditumbuk)
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 2 ulas bawang merah (ditumbuk)
  • 1/2 biji bawang besar kuning (dihiris bulat-bulat)
  • 1 /2 biji tomato (dipotong 2)
  • 1 sudu sos ikan
  • 1 sudu sos tiram
  • Secubit gula
  • Secubit ajinomoto
  • Garam secukup rasa
  • Air
  • Minyak masak

Bahan hiasan: Daun Sup

Cara memasak:

  1. Masukkan minyak untuk menumis. Tumiskan serai berserta kesemua bahan tumbuk sehingga naik bau.
  2. Masukkan potongan ayam dan sedikit air. Tambahkan bawang besar kuning dan daun limau.
  3. Apabila ayam separuh masak, tambahkan sos ikan, sos tiram, gula dan ajinomoto. Kacau sehingga sebati.
  4. Tambahkan garam secukup rasa dan buah tomato. Kacau. Biarkan sehingga masak.
  5. Tutup api. Sedia dihidangkan. Taburkan daun sup.

Resepi: Ayam Percik Terengganu

Resepi: Ayam Percik Terengganu

Ayam Percik Terengganu

Bahan-bahan:

  • 5 ketul ayam
  • 200 ml santan pekat (1 kotak kecik santan)
  • 4 ulas bawang merah (dikisar)
  • 1 inci setengah halia (dikisar)
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 1 sudu besar cili giling
  • 1 sudu teh ketumbar (ditumbuk)
  • 2 sudu teh jintan manis (ditumbuk)
  • 1 sudu teh lada hitam (ditumbuk)
  • 2 keping asam keping
  • Sedikit belacan
  • Garam dan gula secukup rasa Continue reading