Fruit salad ala kenny rogers

Kalo gi Kenny Rogers aku sangat suka order 2 mangkuk fruit salad as side dishes. Instead of paid so expensive on this simple salad, let me share the recipe with you guys. Sangat mudah dan sedapppp. X lupa, healthier too. Sukatan buah mengikut kesukaan.

Bahan-bahan

  • Tembikai dibuang kulit, dipotong dadu
  • Orange dibuang kulit, dipotong lapan dan dihiris dadu
  • kiwi dikupas kulit, dihiris bulat
  • Strawberry dihiris empat
  • Sedikit jus lemon
  • Sedikit gula pasir

Continue reading

Lempeng Oats Bertuna

Resepi dipetik dari Majalah I-Sihat keluaran Feb 2012

Gambar hiasan

Bahan-bahan: (Kuantiti: 6 keping)

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan quaker oats
  • 1 biji telur
  • 1/2 sudu teh garam
  • Tuna
  • Daun salad
  • Tomato
  • Timun

Cara menyediakan:

  1. Bancuh gandum, oats, telur dan garam bersama air. Gaul rata.
  2. Panaskan kuali leper. Ratakan sedikit minyak dan tuang 2 senduk bancuhan tepung dan ratakan di atas kuali.
  3. Apabila telah garing, terbalikkan agar ia sama masak kedua-dua bahagian.
  4. Angkat dan masukan inti tuna berserta sayuran ke atas lempeng. Gulungkan seperti dalam gambar.
  5. Ulang proses 1-4 sehingga semua bancuhan tepung habis digunakan.

Home Tips : Resepi Bersahur

Gambar hasil carian google: Bukan milik peribadi

Susu Berkurma

Tips simple untuk tahan berpuasa seharian sambil mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW. Campurkan kurma  yang di hancur@ dileraikan isinya ke dalam susu.

Bahan-bahan:

  • Segelas susu
  • 3 biji kurma (dileraikan isi dan dibuang biji)

Cara menyediakan:

  1. Campurkan sahaja leraian isi kurma ke dalam gelas berisi susu segar. Kacau sebati dan minum. Insya Allah anda akan dapat bertahan sepanjang hari.

 

Resepi: Energy Boast Drink – Banana Mango Oat Smoothie

Gambar hiasan carian Google: http://www.desidieter.com

Sumber: Sendiri

Saiz hidangan: 1 orang

Bahan-bahan:

  • 1 biji pisang – dipotong kecil-kecil (dibekukan semalam dalam peti sejuk)
  • 1/2 biji mangga
  • 1 gelas susu segar
  • 1-2 susu makan oat segera

Cara menyediakan:

  1. Campurkan semua bahan ke dalam blender dan kisarkan sehingga semuanya sebati.
  2. Hidangkan di dalam gelas. Sedia untuk dinikmati.

Ps: Jika tidak menggunakan pisang beku, boleh dimasukkan setengah cawan ais batu