Restoran Alissara (Original Thai Cuisine), Puchong

Search Alissara Thai Cuisine menggunakan foursquare

Hari ni aku nak share kan tempat makan yang dah berbulan lamanya aku pergi. Tapi aku lupa nak sharekan tempat ni. Nama restoran ni Alisara. Tapi kalau korang guna google map atau foursquare untuk map, sila search “Alissara Thai Cuisine”.

Alissara ni memang dah lama wujud. Lebih 6 tahun lepas, masa aku still bergelar student aku dah tau tempat ni. Sampailah aku pindah duk Puchong, then pindah Shah Alam, PJ dan kembali ke Puchong. Tempat ni makin kukuh bertapak dan semakin maju.

Pada asalnya restoran ni menyewa lot tepi rumah teres kat Puchong Perdana. Masa tu resepinya tipikal macam yang selalu korang dapati kat Warung Thai yang tepi jalan tu. Tapi since mereka berpindah ke shoplot, mereka betul2 menyediakan menu makanan dari Thai seperti yang disediakan di Sabye Sabye Thai, Seri Thai atau mana2 restoran makanan Thai yang berbintang sedikit. So harga pun adalah upgrade sket, bukan harga ala warung lagi. Menu ala carte untuk seorang makan bermula lebih kurang RM6.50++ (aku dah ingat2 lupa bab harga ni). Tapi jauh lebih murah sedikit dari restoran makanan Thai yang ber-air-cond yang dah femes2 tu. Continue reading