Restoran Makanan Cina Muslim: Mohd Adam Ali, Bandar Puteri Puchong

Malam semalam aku plan nak makan kat luar. First planning, nak cuba gerai bihun sup tepi jalan dekat Puchong Perdana. Malangnya hujan semakin lebat, so aku cari kedai makan yang berbumbung dan berdinding. Agak leceh makan dekat gerai pabila hari hujan.

Wantan Mee Sup

Drive masuk ke Bandar Puteri, jalan yang sebaris dengan Restoran Baser. Malangnya Baser dah tutup tapi tiba-tiba mata aku spot satu restoran baru. Restoran Makanan Cina Muslim Mohd Adam Ali. Nampak ala-ala Restoran Abdullah Chan dekat KJ. Ok ler, kita try sini.

Masa aku masuk kedai dah 9.30. Tapi still ramai orang, half full jugak ler orang dalam kedai ni. Kedai ni macam baru start berniaga tapi consider berjaya sebab dah penuh orang. Kebanyakkan makanan dalam menu adalah lauk-pauk untuk makan dengan nasi, ada juga set makan, dimulai dengan untuk 2, 4, 6, 8, dan 10 orang. Tapi since aku memang niat dari awal tak mahu makan nasi, aku pilih menu ala-carte. Harga macam kat kopitiam, start dengan RM4.50 dan mostly ala-cate menu harga RM5.90.

Aku order Cantonese Kuew Tiaw dan Wan Tan mee sup. Bila makanan sampai, terkejut gak la cause saiznya yang agak besar. Wantan dalam mee pun ada dalam 5-6 biji. Kira banyaklah compare dengan kedai lain dan harga plak RM4.50 je. Wah….berbaloi-baloi.

Cantonese Kuew Tiaw

Cantonese Kuew Tiaw aku agak sedap. Tak over cook, just nice. Rasa MSG pun tak terasa. Tapi udang kecik la. Yang lain-lain okey, sotong, fish cake agak memuaskan. Cuma yang penatnya, jika order ala-carte, order anda masih beratur di belakang order2 lauk-pauk, so lambat sket ler dapat makanan. Imagine kalo datang kul 8.30pm, mahu aku dah terjelir-jelir kelaparan tengok orang lain makan. Biasanya setengah restoran, makanan lauk-pauk dan ala-carte di masak 2 orang berbeza, so xde la orang yang order ala-carte macam aku ni akan kebuluran.

Sangat puas hati, Insya-Allah akan datang lagi. Gambar restoran ni tak dapat nak shoot dengan jelas sebab lampu signboard macam pantul balik pada kamera. Tapi signboard warna hijau dan biru gelap. Ada alamat juga aku sertakan di sini. Bagi siapa yang dah biasa ke Restoran Baser, Restoran Adam Ali ini cuma sebaris dengan Baser. Sila klik sini untuk map Baser, since adam ali xde map sendiri.

Restoran Makanan Cina Muslim Mohd Adam Ali

Restoran Mohd Adam Ali

74G Jalan Puteri 5/1

Bandar Puteri

Puchong

Restoran Baser, Bandar Puteri, Puchong

Mula2 pindah ke Puchong ni, aku slalu ketandusan tempat makan. Since Puchong ni lebih kepada kedai2 makan cina ataupun banyak francais kopitiam, aku slalu mati akal nak makan kat mana. Dah x lalu makan dekat kopitiam, maka pilihan yang tinggal sangatlah terhad.

Untuk mengatasi masalah ni, maka aku rajin ler masuk blog orang semata-mata nak cari kat mana nak makan. Aku pun cubalah satu restoran makanan Johor yang specialty in Nasi Beriani Gam. Namanya Restoran Baser.

According to blog (yang aku dah lupa mana satu yg rekomen), Baser ni agak famous dekat Batu Pahat. Ada banyak cawangan.  Siap ada blog lagi bagi address cawangan2 yang ada (http://restoranbaser.blogspot.com/).  Untuk cawangan Puchong, restoran ni berada di Bandar Puteri.

Beberapa kali dah aku makan kat sana. So far aku dah try nasi beriani kambing, mihun sup dan mee bandung.

Nasi berianinya sedap, tapi rasa macam nasi beriani kenduri, rasanya a bit lite. Macam tekak aku ni, aku suka nasi beriani yang rasa more kaw and strong taste; e.g nasi beriani power seksyen 13 Shah Alam atau nasi beriani syed bistro.

Mee bandungnya sedap. Aku bagi 4 bintang dari 5 bintang. Tapi untuk mee bandung ada tempat lain yang aku nak rekemen. Tapi kat sini pun ok juga.

Mihun sup nya ok. Sesuai dimakan pada hari aku sakit.

Dengar cakap nasi ayam mereka agak mabeless … sedap, tapi so far aku x pernah cuba lagi.

Untuk orang Puchong, boleh lah cuba makan kat Baser ni.

STAR: 4 out of 5