Petanda

Sudah beberapa hari kelopak mata atas kanan aku berkelip-kelip. Of course kelopak mata kita berkelip, tapi yang ini … berkelip di luar kawalan. Yaaaa … saya tahu … yang berkelip selama ni pun luar kawalan …. tapi … canne nak explain ya??? Ia berkelip di kala anda sedar dia berkelip, tapi anda x dapat kawal … alaaa … dipendekkan citer memang berkelip sendiri la.

Aku pun berura-ura nak cari apa maksudnya … sebab … kali terakhir aku ada rasa hati yang x sedap … tapi aku ignore perasaan tu, aku menemui accident. Anggota yang terasa x selesa tu menemui kecelakaan.

Dari hari pertama aku terasa mende ni, sampailah hari ni … dah hari ketiga … aku still xde masa nak surf. Aku akan cakap dalam hati … jap lagi aku surf .. apa maksudnya … tapi x surf jugak … sampailah 5 minit yang lepas.

Maka bertanyalah aku pada pakcik google … kenapa pakcik … mata saya berkedip sendiri. Pakcik google ni plak … suka dengar cakap orang. Macam2 teori plak pakcik google ni bagi. Pastu … ada plak kemusyikilan … kelopak mata atas ke, bawah ke, kanan ke, kiri ke, ekor mata kanan ke, ekor mata kiri ke …. alamak … mana satu ni????

Kelopak mata aku yang berkedip tu belah kanan, bahagian atas, hujung sket. Tapi aku x sure la plak  tu ke yang dia panggil ekor mata. Dahtu mana satu jawapan betul ni?

Namun aku simpulkan jawapan yang paling banyak pakcik google ni dengar. Aku amik dua-dua jawapan la untuk mata kanan atas ni, kelopak mata dan ekor mata.

KELOPAK MATA ATAS KANAN BERGERAK = beroleh kewangan (wah-wah …. sukanya aku kalo yang ni betul)

EKOR MATA KANAN BERGERAK = menerima kedatangan org jauh (sapo plak la yg nak jumpa aku??)

Itu je entri mengarut aku hari ni