Resepi: Tom Yam Putih

Tom Yam Putih

Saiz hidangan: 2 orang makan

Bahan-bahan:

  • 1 ketul isi ayam (dipotong dadu, kecil-kecil)
  • 3 ekor sotong sederhana besar (dipotong 4 setiap seekor)
  • 4 keping cendawan tiram (disiat-siat)
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 2 helai daun limau purut (disiat)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris nipis)
  • lengkuas sebesar ibu jari (dihiris nipis-nipis)
  • 1 inci halia (dihiris nipis)
  • 1 biji bawang besar (dihiris bulat)
  • 1 biji tomato (dibelah 4)
  • 5-7 biji cili padi (dibelah dua)
  • 1 biji limau nipis (diperah ambil jusnya)
  • 2 sudu minyak masak
  • 2 cawan air
  • sedikit garam
  • 1 sudu sos ikan
Cara menyediakan:
  1. Masukkan minyak masak ke dalam periuk panas. Tumiskan serai, halia, lengkuas dan bawang putih.
  2. Tambahkan isi ayam dan air. Kacau dan biarkan seketika sehingga ayam mulai empuk.
  3. Masukkan daun limau purut, cili padi, tomato, air perahan limau dan sos ikan. Kacau.
  4. Masukkan pula sotong. Dan kacau seketika.
  5. Apabila sotong mulai masak, tambahkan cendawan, bawang besar dan garam secukup rasa.
  6. Tutup api apabila cendawan sudah empuk dan masak. Sedia untuk dihidangkan.